Quantcast
Channel: Wangolds - Underground Forex Traders Begin Here - Viral Isu Harian Berita Malaysia Terpantas, koleksi kantoi nafsu seks bogel liwat cium khalwat airmani gigolo perogol GRO, 999 Kemalangan Pembunuhan Rompak Samun , Mintak Simpati Tolong Viralkan Bantuan, Full Artikel Baca Paper Harian Metro Online High Definition Scan, Bencana Alam Kemusnahan
Viewing all articles
Browse latest Browse all 20788

Penumpang Tak Bayar Tambang Dicat Biru Seperti Watak Avatar

$
0
0
[Image: PAY-Fare-dodging-taxi-passenger-painted-...shment.jpg]
[Image: 23hmblue_cropped_1463966687.jpg]
REMAJA yang dihukum pemandu itu.

Moscow: Seorang remaja diwarnakan biru oleh pemandu teksi di Novokuznetsk, tengah Russia, yang berang kerana dia enggan membayar tambangnya.

Hukuman itu - digelar ‘Avatar’ sempena nama filem popular Hollywood - dilaporkan kerap dilaksanakan pemandu teksi untuk penumpang yang tidak membayar tambang.

Remaja berusia 15 tahun itu dijejaki pemandu teksi berkenaan yang mahu menuntut bayaran dihutangnya.

Lelaki dipercayai penagih dadah itu menggunakan khidmat teksi berkenaan untuk perjalanan yang akhirnya menelan belanja £32 (RM189) kerana memandu sekitar bandar itu kononnya untuk memburu pengedar dadah.

Dia bagaimanapun melarikan diri tanpa membuat bayaran menyebabkan pemandu yang marah menjejakinya di rumah.

Apabila menemui ibu bapa remaja terbabit dia memberi mereka kata dua - sama ada membayar tambang itu atau dia akan melaporkan kepada polis.

Ibu bapa terbabit bagaimanapun enggan membayar, menyebabkan pemandu itu membawa remaja berkenaan ke kawasan hutan berhampiran dan memaksanya membuka baju sebelum melumurkan pewarna biru pada muka, kepala, dada dan lengannya.

Difahamkan kaedah hukuman dikenali sebagai ‘Avatar’ itu juga sebagai amaran kepada pemandu teksi lain mengenai penumpang yang tidak membayar tambang.

Media tempatan memetik orang tempatan berkata: “Hukuman itu perkara biasa supaya pemandu teksi lain tidak berhenti untuk orang seperti itu.

“Ia menunjukkan seseorang itu adalah penipu.” - AP/Metro

Viewing all articles
Browse latest Browse all 20788