Penyelam temui kotak hitam
KAHERAH 21 Mei – Kotak hitam milik pesawat EgyptAir MS804, pesawat yang hilang daripada radar ketika dalam penerbangan ke Kaherah dari Paris, ditemukan berhampiran pesawat itu dilaporkan terhempas di Laut Mediterranean.
Menurut portal berita Mail Online, beberapa media Mesir me*nyiarkan berita penemuan tersebut oleh pasukan penyelam.
Apa yang pasti, kotak hitam itu akan ‘menjawab’ segala persoalan mengenai punca MS804 terhempas ketika memasuki ruang udara Mesir.
Portal berita itu juga menyiarkan gambar-gambar serpihan pesawat yang ditemukan dan tertera nama EgyptAir selain jaket keselamatan.
Sementara itu, pasukan penyelamat antarabangsa meningkatkan usaha mencari mayat-mayat mang*sa dan serpihan-serpihan lain di sekitar lokasi kejadian.
Pengerusi Syarikat EgyptAir Holdings, Safwat Moslem berkata, pihak*nya mengutamakan kebimbang*an ahli keluarga dan mahu mayat mangsa ditemukan segera.
“Pihak tentera (Mesir) sedang berusaha mengesan lebih banyak mayat dan serpihan pesawat tersebut,” katanya.
Semalam, usaha pencarian me*nemukan serpihan rangka pesawat, dua buah kerusi penumpang dan beg pakaian selain kesan tompokan mi*nyak yang dikesan oleh satelit milik Agensi Angkasa Eropah (ESA) kira-kira 40 kilometer di bahagian tenggara lokasi terakhir pesawat berkenaan dikesan.
Dalam pada itu, kebanyakan ahli keluarga dan waris penum*pang dan anak kapal penerbangan MS804 berkumpul di sebuah hotel berdekatan Lapangan Terbang Antarabangsa Kaherah selepas mengadakan pertemuan dengan pihak syarikat EgyptAir.
Mereka masih sukar menerima kenyataan terhadap tragedi yang menimpa ahli keluarga dalam kejadian tersebut dan mengharapkan keajaiban berlaku.
“Mereka masih belum mati. Tiada siapa yang tahu. Kami masih berharap dan berdoa kepada Tuhan,” kata seorang wanita berusia 50-an yang berharap anak perempuannya masih hidup.
Terdahulu, ahli keluarga mangsa menunaikan solat jenazah ghaib di Masjid Al Sedeq yang terletak berhampiran lapangan terbang terbabit. – AFP/AGENSI/Utusan