Quantcast
Channel: Wangolds - Underground Forex Traders Begin Here - Viral Isu Harian Berita Malaysia Terpantas, koleksi kantoi nafsu seks bogel liwat cium khalwat airmani gigolo perogol GRO, 999 Kemalangan Pembunuhan Rompak Samun , Mintak Simpati Tolong Viralkan Bantuan, Full Artikel Baca Paper Harian Metro Online High Definition Scan, Bencana Alam Kemusnahan
Viewing all articles
Browse latest Browse all 20788

Wanita Datang Tuntut Wang Tunai Rm2.4 Juta Ditahan

$
0
0

[Image: 2.4j.png_1463632109.jpg]

KUALA LUMPUR – Polis menahan seorang wanita bagi membantu siasatan mengenai penemuan wang tunai berjumlah RM2.4 juta yang dibawa dua beranak menggunakan kenderaan utiliti sukan (SUV) Audi Q7 di Kilometer 24, Jalan Ulu Pauh-Padang Besar di Perlis Rabu lalu.



Satu sumber memberitahu, wanita berusia 54 tahun itu ditahan di Ibu Pejabat Kontinjen Polis (IPK) Perlis kelmarin ketika dia datang membuat tuntutan wang tunai tersebut.

Wanita yang merupakan seorang ahli perniagaan itu mendakwa, wang RM2.4 juta tersebut adalah miliknya dan diperoleh hasil perniagaan diusahakannya.

Bagaimanapun, kata sumber itu, wanita berkenaan turut ditahan kerana polis masih menyiasat sumber sah wang dalam jumlah besar yang dirampas daripada dua beranak yang ditahan pada Rabu lalu.

“Wanita berketurunan Cina itu ditahan reman dua hari bermula semalam (kelmarin) manakala dua beranak (kedua-dua lelaki) ditahan reman selama enam hari bermula tarikh tangkapan pada 18 Mei,” kata sumber itu lagi. - Kosmo

Viewing all articles
Browse latest Browse all 20788

Trending Articles