Quantcast
Channel: Wangolds - Underground Forex Traders Begin Here - Viral Isu Harian Berita Malaysia Terpantas, koleksi kantoi nafsu seks bogel liwat cium khalwat airmani gigolo perogol GRO, 999 Kemalangan Pembunuhan Rompak Samun , Mintak Simpati Tolong Viralkan Bantuan, Full Artikel Baca Paper Harian Metro Online High Definition Scan, Bencana Alam Kemusnahan
Viewing all articles
Browse latest Browse all 20788

Bhdunia_banjir India Ragut 600 Nyawa

$
0
0
Banjir India ragut 600 nyawa









DEHRADUN: Pasukan penyelamat bertungkus lumus kelmarin untuk menyelamatkan puluhan ribu penduduk yang terkandas di utara India akibat hujan lebat tanpa henti ketika angka kematian akibat banjir kilat dan tanah runtuh mencecah 600 orang.

Penyelamat menemui sejumlah besar mayat dari sungai Ganges yang melimpah dengan hampir 63,000 penduduk, terutama penganut Hindu dan pelancong, masih terkandas atau hilang selepas hujan lebat melanda negeri Uttarakhand di Himalaya, kata pihak berkuasa.



Sungai melimpah menghanyutkan rumah, bangunan dan keseluruhan kampung selain memusnahkan jambatan dan jalan sempit menuju ke bandar penganut hindu di negeri pergunungan itu yang terkenal sebagai “Tanah Dewa” kerana tempat suci penganut Hindu.



“Lima ratus tujuh puluh lima mayat ditemui setakat ini namun jumlah itu mungkin bertambah. Dalam rekod kami 62,790 penduduk masih terkandas,” kata setiausaha dalam negeri Uttarakhand, Om Prakash kepada AFP semalam.

Sepasukan tujuh doktor dan pegawai dalam perjalanan ke tapak suci penganut Hindu di Kedarnath “untuk mengutip mayat di sana,” tambah Prakash.

Berpuluh helikopter dan ribuan anggota tentera dikerah untuk menyelamatkan penduduk yang terkandas, hampir seminggu selepas hujan tanpa henti.

Hujan lebat dijangka turun di negeri itu dan juga di beberapa bahagian tengah India dalam tempoh beberapa hari lagi.


“Kami mengejar masa,” kata Ajay Chaddha, ketua unit tentera mengawasi operasi menyelamat di negeri itu dipetik Times of India.

Tentera menyelamatkan hampir 1,000 penduduk di kawasan pergunungan berhampiran Kedernath semalam, lapor rangkaian berita NDTV. - AGENSI




http://www.bharian.com.my/articles/Banji...a/Article/

Viewing all articles
Browse latest Browse all 20788