Quantcast
Channel: Wangolds - Underground Forex Traders Begin Here - Viral Isu Harian Berita Malaysia Terpantas, koleksi kantoi nafsu seks bogel liwat cium khalwat airmani gigolo perogol GRO, 999 Kemalangan Pembunuhan Rompak Samun , Mintak Simpati Tolong Viralkan Bantuan, Full Artikel Baca Paper Harian Metro Online High Definition Scan, Bencana Alam Kemusnahan
Viewing all articles
Browse latest Browse all 20788

Mutakhirbh_pembangkang Dialu-alu Tegur Kepincangan Kerajaan Negeri: Mukhriz

$
0
0
Pembangkang dialu-alu tegur kepincangan kerajaan negeri: Mukhriz










ALOR SETAR: Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir hari ini berkata, kerajaan negeri mengalu-alukan sebarang teguran daripada barisan pembangkang atas pengalaman mentadbir negeri Kedah, sebelum ini.

Bagaimanapun, Mukhriz berkata, teguran tersebut perlu berasaskan fakta dan berharap anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) pembangkang sepatutnya lebih memahami kesukaran mentadbir sesebuah negeri, walaupun pernah mentadbir Kedah hanya lima tahun.



Beliau turut berharap supaya pihak pembangkang akan lebih bersifat empati terhadap kerajaan sedia ada.



"Tegurlah kerajaan negeri kalau ada kepincangan, sebab pihak kami tak fikir kerajaan negeri betul 100 peratus sebab mungkin ada yang terlepas pandang atau maklumat tidak sempurna.

"...Pengalaman ini (mentadbir negeri) sangat penting untuk meningkatkan kefahaman dua-dua pihak, dalam demokrasi penting wujud peranan semak dan imbang," katanya selepas majlis angkat sumpah ADUN Kedah di Wisma Darul Aman di sini, hari ini.

Sebagai 'orang baharu' dalam DUN Kedah, Mukhriz berkata, beliau belum dapat membuat perbandingan mengenai perjalanan sidang DUN, namun berharap ia tidak berlaku seperti dalam Dewan Rakyat.

"Kalau banding dengan Dewan Rakyat, harap tak berlaku (dalam DUN). Polemik politik terlampau dalam Dewan Rakyat, suasana agak tegang dan peraturan mesyuarat dilanggar sewenang-wenangnya," kata Mukhriz.


"Saya lihat nama-nama (Adun) ramai yang baru, ada juga orang lama dan rasa sidang dewan akan meriah dengan pandangan dan idea baru.

Sementara itu, beliau berkata, pemilihan Datuk Md Rozai Safian sebagai Speaker DUN Kedah dan ADUN Bayu, Datuk Azmi Che Husain sebagai Timbalan Speaker adalah pilihan yang tepat berikutan kedua-duanya mempunyai pengalaman dalam mengawal perjalanan dewan. - BERNAMA



http://www.bharian.com.my/articles/Pemba...z/Article/

Viewing all articles
Browse latest Browse all 20788