Hollywood: Kim Kardashian dan Kanye West menamakan anak mereka North West, tetapi memanggil bayi baru lahir itu dengan singkatan Nori.
Bintang realiti televisyen itu melahirkan anak pertama mereka Sabtu lalu dan walaupun spekulasi sebelum ini menyatakan mereka memilih nama Kaidence Donda untuk anak perempuan mereka, pasangan berkenaan dilaporkan lebih gemar memilih nama arah.
Laman web gosip TMZ sudah melihat sijil kelahiran bayi yang dilahirkan di Pusat Perubatan Cedars-Sinai di Beverly Hills, California, manakala laporan lain turut mengesahkan nama itu.
UsMagazine.com mengesahkan nama bayi terbabit sebagai North, sambil menambah bahawa pasangan itu akan memanggil anak mereka “Nori” sebagai nama gelaran.
Kedua-dua ibu dan bayi dikatakan dalam keadaan sihat walaupun Kim melahirkan lima minggu lebih awal.
Satu sumber berkata: “Bayi itu sangat cantik. Kanye dilamun cinta. Tarikh sebenar Kim, 32, melahirkan ialah 12 Julai sama dengan hari jadi ibu Kanye. Kebetulan itu menyeronokkan Kanye.” - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/22
http://www.hmetro.com.my/articles/Kim_Ka...t/Article/