Quantcast
Channel: Wangolds - Underground Forex Traders Begin Here - Viral Isu Harian Berita Malaysia Terpantas, koleksi kantoi nafsu seks bogel liwat cium khalwat airmani gigolo perogol GRO, 999 Kemalangan Pembunuhan Rompak Samun , Mintak Simpati Tolong Viralkan Bantuan, Full Artikel Baca Paper Harian Metro Online High Definition Scan, Bencana Alam Kemusnahan
Viewing all articles
Browse latest Browse all 20788

Mutakhirbh_harga Saham Ditutup Rendah

$
0
0
Harga saham ditutup rendah









KUALA LUMPUR: Harga saham di Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini setelah kebanyakan pelabur terus tidak memasuki pasaran menunggu hasil mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) Amerika Syarikat lewat hari ini, kata peniaga.

Semasa ditutup, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 1.17 mata kepada 1,772.88, selepas bergerak antara 1,772.07 dan 1,782.41 sepanjang hari ini.



Di pasaran serantau, kebanyakan bursa mengalami kerugian dengan bursa Hong Kong, Hang Seng susut 238.99 mata kepada 20,986.89, Straits Times Singapura turun 14.43 mata kepada 3,215.12 manakala pasaran Jepun, Nikkei 225 melonjak 237.94 mata kepada 13,245.22.



Ketua Penyelidikan Mercury Securities Edmund Tham berkata pelabur terus tidak memasuki pasaran kemungkinan menunggu hasil mesyuarat dua hari FOMC yang dijangka diumumkan lewat hari ini.

"Mereka ingin tahu sama ada langkah rangsangan akan diteruskan. Walaupun ia tidak mempunyai kesan langsung kepada ekonomi, ia untuk jangka panjang," katanya kepada Bernama apabila dihubungi hari ini dan menambah yang beberapa pihak melihat penyambungan proses berkenaan sebagai positif.

Tham berkata, kebanyakan aktiviti dagangan dilihat dalam 10 kaunter utama termasuk Tenaga Nasional, Axiata dan Maybank serta beberapa saham berharga murah.

Beliau berkata, semalam menyaksikan 27 peratus penyertaan daripada pelabur runcit, 49 peratus dana tempatan dan dana asing menyumbang 24 peratus.

Firma broker itu menetapkan paras sokongan pada 1,766 dan paras halangan pada 1,787 untuk bursa tempatan.

Indeks Kewangan turun 22.94 mata kepada 16,840.41, Indeks Perusahaan susut 5.25 mata kepada 3,017.34 manakala Indeks Perladangan meningkat 41.89 mata kepada 8,440.78.

Indeks FBM Emas pula merosot 0.92 mata kepada 12,342.98, Indeks FBMT100 berkurangan 0.77 mata kepada 12,102, Indeks FBM Ace susut 25.77 mata kepada 4,760.75 manakala Indeks FBM Mid 70 menokok 28.38 mata kepada 14,237.63.

Saham rugi mengatasi untung pada 417 berbanding 352 manakala 311 kaunter tidak berubah, 498 tidak diniagakan dan 14 digantung.

Jumlah dagangan susut kepada 1.434 bilion saham bernilai RM1.821 bilion berbanding dengan 1.486 bilion saham bernilai RM1.773 bilion semalam.

Di Pasaran Utama, jumlah dagangan susut kepada 1.114 bilion saham bernilai RM1.775 bilion daripada 1.188 bilion saham bernilai RM1.725 bilion semalam.

Jumlah dagangan di pasaran ACE, bagaimanapun naik kepada 292.136 juta saham bernilai RM42.446 juta berbanding dengan 266.389 juta unit bernilai RM43.639 juta paad Selasa.

Sementara itu, waran berkurangan kepada 25.344 juta bernilai RM3.375 juta berbanding 29.192 juta saham bernilai RM3.923 juta yang dicatatkan semalam.

Antara saham paling rugi, British American Tobacco susut 40 sen kepada RM61.60 manakala UMW Holdings dan Media Prima-Warrant B berkurangan 18 sen setiap satu masing-masing kepada RM14.40 dan 92 sen.

Bagi saham aktif pula, Winsun Technologies turun setengah sen kepada 9.5 sen, Luster Industries-Warrant B susut satu sen kepada 11 sen manakala Luster Industries menokok satu sen kepada 24 sen.

Bagi saham wajaran tinggi, Maybank merosot dua sen kepada RM10.42 manakala Tenaga kekal pada RM8.31.

Sime Darby dan Axiata menambah satu sen setiap satu, masing-masing kepada RM9.56 dan RM6.65, manakala CIMB dan Petronas Chemicals naik dua sen setiap satu, masing-masing kepada RM8.29 dan RM6.62.

Barangan pengguna menguasai 61.243 juta saham di Pasaran Utama, barangan perusahaan 252.611 juta, pembinaan 79.395 juta, perdagangan dan perkhidmatan 336.169 juta, teknologi 99.948 juta, infrastruktur 15.925 juta, SPAC 21.062 juta, kewangan 57.457 juta, hotel 444,100, hartanah 157.653 juta, perladangan 21.654 juta, perlombongan 178,300, REIT 9.974 juta dan tertutup/dana 105,000. - BERNAMA



http://www.bharian.com.my/articles/20130...6/Article/

Viewing all articles
Browse latest Browse all 20788