
ORANG ramai membersihkan restoran mereka selepas banjir kilat surut di Lourdes semalam.- AP
LOURDES - Seorang warga emas maut dalam beberapa kejadian banjir kilat di sini, barat daya Perancis, dengan beberapa kawasan pelancongan ditutup untuk hari kedua semalam.
Pihak berkuasa tempatan menyatakan, wanita berusia dalam lingkungan 70-an itu hanyut dibawa arus deras selepas dia keluar dari kereta yang ditenggelami air dekat sini.
Bagaimanapun, suami wanita berkenaan berjaya diselamatkan oleh beberapa anggota bomba.
Sekitar 2,000 orang di rantau berkenaan telah dipindahkan dengan sebahagian mereka dibawa ke lokasi selamat dengan helikopter.
Turut berpindah termasuk sejumlah pelancong di daerah ini yang dibawa kawasan lebih tinggi.
Setakat tengah hari kelmarin, paras air di gua Lourdes naik setinggi 1.4 meter manakala air di sungai Gave de Pau dekat sini pula meningkat 3.5 0 meter daripada paras biasa.
Beberapa menteri daripada Kementerian Dalam Negeri dan Ekologi melawat lokasi banjir tersebut semalam bagi memeriksa kemusnahan yang berlaku.
Rantau ini menempatkan sebanyak 22 gereja, biara dan tempat suci penganut Kristian di Perancis.
"Banjir kini semakin surut. Kami telah melihat penurunan yang stabil sepanjang malam," kata seorang pegawai tempatan kepada agensi berita AFP.
Pada 2012, banyak gereja dan makam suci di sini ditutup selepas banjir kilat yang menyebabkan kerugian ratusan ribu euro. - AFP
Terima Kasih Kerana Membaca di Wangolds.com !!!!
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.as...=du_10.htm